Saturday, November 10, 2012

SEJARAH KURUNG

Pakaian orang melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri,malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang China, India, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkanmenjadi satu budaya yang beraneka  rupa serta indah dan unik. Pakaian wanita yang masih popular hingga kini termasuklah baju kurung, baju kebaya panjang, baju kebaya pendek, baju kurung kedah dan dan baju kurung pahang.

Baju kurung dahulukala mempunyai satu kocek. Tujuannya untuk memudahkan mereka meletak duit tanpa membawa beg. Pengertian kurung secara tidak langsung membawa erti 'mengurung atau menutup' anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah 'kurung'diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya 'baju kurung bernyawa' walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri;ciri tersendiri.

KURUNG RIAU

Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri  atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipetuan Muda Riau yang kelima daripada keturunan Bugis. Kurung biasa tanpa kekek dan mempunyai pesak yang terbahagi kepada dua bahagian atau lebih dikenali sabagai pesak gantung dan mempunyai bentuk di bahagian pinggang. Pesak untuk kurung Riau adalah kembangdi bahagian bawah. Sesuai untukorang yang bertubuh kurus mahupun gempal. Disamping menampakkan sedikit potongan badan, ia dapat menyembungikan bahagian punggung.


KURUNG PAHANG

Hanya mempunyai satu pesak dari bawah ketiak terus ke bawah.









KURUNG TELUK BELANGA

Mempunyai leher bentuk bulat dan leher didepan sepanjang lima inci. Pada keliling tebukan lima inci, dilapik kail lain dan dijahit sembat halus manakala pada bahagian pinggir bulatan dijahit tulang belut halus. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu 'rumah kancing' dengan jahitan 'insang pari'. Biasanya dikancingdengan sebutir butang yang berwarna emas atau perak. Ciri-ciri ini memperlihatkan keunikan identiti baju kurung orang Johor. bagi kaum wanita, mereka biasanya memakai butang berbatu berlian atau batu lain yang bernilai. Kini wanita gemar menggunakan keronsang kecil sebagai pengganti butang baju kurung. Baju kurung ini dipakai dengan kain sarung ikatan 'ombak mengalun'. Potongan lengan baju ialah panjang dan longgar serta berkekek sapu tangan atau berkekek gantung. Potongan badan pula kurus dan kembang di bawah.







KURUNG MODEN

Lebih moden dan diberi pelbagai sentuhan bagi menyuntik kelainan namun ia seiring dengan perkembangan zaman. Antara ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional ialah potongannya, fabrik yang pelbagai dan hias tambah untuk mencantikkan lagi baju. Baju kurung moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik dan ia tidak gelobor saperti baju kurung tradisional. Ini kerana baju kurung moden  tidak mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagian sisi baju. Namun ciri -ciri utama masih dipelihara. Sebagai contoh, pakaian ini masih berlengan panjang dan masih digunakan dengan kain sarung. Antara tambahan lain ialah reben yang dikat pada bahagian pinggang, lining, piping, bunga, renda dan sebagainya.








BAJU KEBAYA MODEN

Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek. Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan si pemakai. Baju kebaya pendek pula telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik dengan mengadakan sulaman berbiku di bahagian hujung lengan, dan di tepi bahagian belahan serta di bucu baju. Baju ini mendedahkan bahagian leher dan dada serta berzip di sebelah belakang badan. Kain yang biasa digunakan adalah kain batik lepas yang dililit mengikut badan. Hujung punca kain di bahagian hadapan diikat sperti kipas. Dewasa ini,baju kebaya juga turut dipadankan dengan seluar. 



KAIN SARUNG 

 Pada masa dahulu,terdapat satu lagi kain yang dinamakan 'kain dagang'. Kain ini dipakai oleh kaum wanita sebagai kain tudung. Kain ini digunakan untuk melindungi daripada cahaya matahari dan daripada pandangan lelaki. Apabila sampai di rumah, kain ini diikat pada pinggang sahaja. Dahulu, kain sarung wanita ini boleh juga menjadi senjata kaum wanita jika diserang.












2 comments: